Tentera Siap Sedia Hadapi Banjir

Lebih 3,000 anggota tentera bersiap sedia sepenuhnya untuk menghadapi bencana banjir yang mula melanda khususnya di negeri Pantai Timur.

Panglima 2 Di­visyen, Mejar Je­neral Datuk Mohd. Ramli Jaa­far berkata, anggotanya turut diarah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan banjir di negeri-negeri seperti Perak, Kedah, Pulau Pinang dan Perlis.

Katanya, pada masa ini, pihaknya mendapati keadaan masih terkawal dan akan sentiasa memantau perkembangan daripada masa ke semasa.

“Anggota kita akan ditempatkan di kawasan yang terjejas banjir. Kita juga ada pasukan pemantau yang bekerjasama dengan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan jawatankuasa banjir di peringkat daerah serta jajahan masing-masing,” katanya.

Mengulas lanjut, Mohd. Ramli berkata, pihaknya turut akan menyediakan bot bagi membantu pelajar yang terjejas dengan banjir ke sekolah.

Katanya, tahun-tahun sebelum ini, pihaknya juga telah menyediakan kemudahan tersebut untuk murid dan pelajar ke sekolah.

“Setakat ini, kita masih belum dihubungi untuk sebarang bantuan. Tapi kita sentiasa bersedia sekiranya memerlukan bantuan,” katanya. – 2 Januari 2017.