Azizah Masih Trauma Tragedi Bah Kuning

Banjir yang melanda Kuala Krai membuatkan seorang warga emas, Azizah Said, 76, dari Kampung Keroh, Kuala Krai terkenang peristiwa bah kuning dua tahun lalu.

Peristiwa tersebut mengakibatkan warga emas itu tinggal sehelai sepinggang selain terpaksa menanggung kesan trauma sehingga hari ini.

“Mak cik rasa sangat takut, tidur malam tidak lena, takut-takut air masuk di dalam rumah. Mak cik juga tidak putus-putus berdoa agar peristiwa bah kuning itu tidak berulang,” katanya.

Tambahnya, pada masa ini, air masih tidak memasuki rumah dan dia kini berada dalam keadaan berjaga-jaga
dan bersedia untuk berpindah sekiranya keadaan bertambah buruk.

“Mak cik masih ingat, sebelum peristiwa bah kuning, ketika itu, hujan lebat tanpa henti selama tiga hari. Kali ini, situasi seolah-olah sama, hujan masih lagi berterusan. Mak cik bimbang, tragedi sama berulang,” katanya. – 3 Januari 2017