Banjir; 48 Buah Sekolah Ditutup

Sebanyak 48 buah sekolah di negeri ini tidak dapat beroperasi pada hari keempat sesi persekolah hari ini berikutan keadaan banjir di beberapa daerah semakin membimbangkan.

Pengarah Pendidikan negeri, Jaafar Ismail berkata, sekolah yang ditutup itu masing-masing 24 di Pasir Mas, sembilan, Kuala Krai, enam, Tanah Merah, Lima, Tumpat dan empat di Machang.

” Penutupan itu melibatkan 37 sekolah rendah dan 11, sekolah menengah. Manakala jumlah pelajar yang tidak dapat meneruskan sesi persekolah ialah 15,084,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, keadaan banjir yang semakin membimbangkan dikhuatiri akan menyebabkan tempoh sekolah ditutup makin berlarutan.

“Sekolah terpaksa ditutup kerana laluan digenangi air selain membahayakan murid dan guru-guru,” katanya. – 4 Januari 2016.