Banjir; Mangsa Terus Meningkat Mendadak

Jumlah mangsa banjir di Kelantan terus menunjukkan peningkatan ketara kepada 10,065 mangsa daripada 3,294 keluarga pagi ini berbanding 5,829 mangsa daripada 1,874 keluarga semalam.

Menurut Portal rasmi kerajaan negeri, e.banjir.kelantan.gov.my, sebanyak 83 pusat pemindahan dibuka di seluruh negeri  dengan jumlah mangsa direkodkan paling ramai di Pasir Mas dan Kuala Krai.

Menurut portal itu, beberapa pusat pemindahan turut mula dibuka di Kota Bharu bagi menempatkan 662 mangsa daripada 172 keluarga.

Sementara itu,  Sungai Kelantan di Jambatan Guillemard dan Sungai Golok di Rantau Panjang masing-masing melebihi paras bahaya iaitu 17.45 meter dan 10.39 meter. – 4 Januari 2017.