Mangsa Banjir Di Kelantan Terus Meningkat

Jumlah mangsa banjir di Kelantan terus meningkat kepada 8,878 hari ini berikutan hujan yang berterusan.

Mangsa terlibat membabitkan 2, 866 keluarga dan ditempatkan di 81 pusat pemindahan di sembilan daerah.

Mengikut portal e-Banjir, Pasir Mas mencatatkan bilangan mangsa paling ramai iaitu 4,545 membabitkan 1,790 keluarga yang berada di 27 pusat pemindahan.

Manakala, Kuala Krai mencatatkan seramai 1, 451 mangsa (350 keluarga); Machang 840 mangsa (209 keluarga); Kota Bharu 682 mangsa (170 keluarga).

Manakala Tanah Merah 638 mangsa (135 keluarga); Pasir Puteh 217 mangsa ( 58 keluarga); Bachok 107 mangsa (27 keluarga); Tumpat 45 mangsa ( 11 keluarga). Sementara itu,

Jeli beransur pulih apabila hanya mencatatkan 29 mangsa daripada 11 keluarga. – 4 Januari 2017.