Sekolah Ditutup Tak Perlu Ganti

Sekolah yang terlibat atau terjejas dengan bencana banjir tidak perlu menggantikan sesi persekolahan seperti yang dilakukan seperti sebelum ini

Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Dr. Khair Mohamad Yusof berkata, sekolah yang terlibat boleh menyesuaikan kandungan pengajaran dan pembelajaran (PdP) mengikut kreativi guru-guru.

Menurutnya, bagaimanapun
pendekatan tersebut perlu mengikut standard yang ditetapkan oleh kementerian sebelum ini.

“Setakat cuti seminggu dua kita boleh timbangkan. Namun jika banjir ini berpanjangan kementerian akan mengkaji alternatif lain yang boleh digunakan untuk PdP,” katanya. – 5 Januari 2017.