Banjir: Hanya 11 Sekolah Ditutup di Kelantan Esok

Banjir: Hanya 11 Sekolah Ditutup di Kelantan Esok

Hanya 11 buah sekolah di Kelantan tidak beroperasi esok berikutan banjir yang semakin pulih di negeri itu.

Pengarah Jabatan Pendidikan negeri, Jaafar Ismail berkata, sekolah yang masih ditutup itu masing-masing enam di Pasir Mas dan lima di Tumpat.

“Enam sekolah di Pasir Mas itu ialah di Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Rantau Panjang 2, SK Gual Tinggi, SK Gual To’ Deh, Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) Diniah Bonggor, SK Bakong dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gelang Mas.

“Lima sekolah yang ditutup di Tumpat pula ialah SK Simpangan, SK Bendang Pok Yong, SK Teluk Jering, SK Padang Mandol dan Sekolah Menengah (SM) Agama Nurul Huda Kajang Sebidang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, sekolah tidak dapat dibuka berikutan laluan ke sekolah di sesetengah kawasan masih digenangi air.

“Keadaan tersebut masih boleh membahayakan guru dan murid,” katanya. – 7 Januari 2017.