Mangsa Banjir Di Kelantan Berkurangan

Mangsa banjir di Kelantan berkurangan kepada 12,007 pagi ini berbanding 12,724 semalam.

Mangsa yang membabitkan 4,395 keluarga itu ditempatkan di 25 pusat pemindahan di tiga daerah iaitu Pasir Puteh, Pasir Mas dan Tumpat.

Berdasarkan portal e-Banjir setakat jam 8 pagi ini, Pasir Mas masih mencatatkan mangsa paling tinggi iaitu 7,942 orang membabitkan 3,098 keluarga yang berada di 17 pusat pemindahan.

Manakala Tumpat mencatatkan 4,038 mangsa daripada 1,293 keluarga dan Pasir Puteh 27 mangsa daripada lima keluarga.

Sementara itu, pusat pemindahan di Kota Bharu dan Machang sudah ditutup sejak tengah hari semalam. – 7 Januari 2017.