Aset Canggih Bomba Ditempatkan Di Kawasan Berisiko Banjir

Semua aset canggih dan terbaharu milik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan ditempatkan di negeri-negeri yang berisiko dilanda banjir.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar berkata, langkah tersebut bagi memastikan kelancaran pengurusan bencana setiap kali banjir melanda kawasan terbabit.

“Melalui cara ini, kita mahu menterjemahkan kepada rakyat fungsi dan tugas JBPM dalam membantu masyarakat ketika berlakunya bencana banjir,” katanya selepas majlis Makan Malam Menghargai Petugas Banjir di Balai Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang .

Tambah Noh , setaip kali banjir melanda pantai timur JBPM akan menempatkan helikopter di kawasan ini bagi memudahkan pemantauan dilakukan.

Katanya, aset milik JBPM juga akan dipertingkat dalam usaha memperkasakan lagi perkhidmatan membantu rakyat ketika bencana. – 8 Januari 2017.