Nik Amar Sayang Seluar

Rantau Panjang terletak dipinggir Sungai Golok. Setiap tahun akan banjir. Beribu orang kena pindah. 

Sebelum Rantau Panjang, Jeli akan banjir dahulu. Surut di Jeli, Rantau Panjang tenggelam. Kering Pasir Mas, Pengakalan Kubor dan Tumpat pula tenggelam.

Di Pengkalan Kubor dan Tumpat, lazimnya air akan termenung lama kerana bertembung dengan air pasang dan Jalan Kasban – Rantau Panjang menyekat aliran air keluar ke Sungai Golok. Maka pastinya ramai yang akan menderita.

Itu cerita di Sungai Golok. pesta2

Begitu juga halnya, di Sungai Kelantan yang dibentuk daripada pertembungan Sungai Lebir dan Sungai Galas. Panjang Sungai Kelantan 248 kilometer, Sungai Lebir 178 km manakala Sungai Galas 91 km.

Lebir dan Galas bermula dari Gua Musang turun ke Kuala Krai kemudiannya ke Machang dan seterusnya ke Pasir Mas dan Kota Bharu. img-20170105-wa0081

Galas berasal dari banjaran Titiwangsa (bersempadan dengan Perak di barat dan Pahang di selatan) dan Lebir dari banjaran Tahan (bersempadan dengan Terengganu di timur dan tenggara).

Pada tahun 2014, Sungai Lebir dan Galas menggila sehingga Sungai Kelantan mengamuk. Di bawa semua tanah dan kayu-kayu dari hulu turun ke sungai. Amat menakutkan. Airnya besar dan kuat. Beribu rumah hancur.

Ada yang bertahun tinggal dalam khemah.

2017, musim tengkujuh agak pelik. Bermula dari Januari sehingga ke Mac. Tidak seperti biasa bermula dari Disember membawa ke awal tahun.

Pusingan pertama banjir sudah bermula. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dua kali turun ke Kelantan, sekali ke Jeli manakala sekali lagi di Rantau Panjang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak juga turun ke Sekolah Kebangsaan Bunohan untuk merasai sendiri denyut nadi kira-kira 700 mangsa di situ.

Menteri lain jangan dikira. Datuk Seri Mustapa Mohamed setiap hari pusing seluruh negeri Kelantan. Datuk Seri Shahidan Kassim terus berkampung di Kelantan.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid juga sama berulang alik KL dan Kelantan. Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Ismail Sabri Yaakob dan Menteri Perumahan, Kesejahteraan Bandar  dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar juga turun.

Banyak lagi, jenuh kalau nak sebuat satu persatu.

Namun yang paling menarik adalah Timbalan  Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah kaki tidak cecah, seluar tidak basah ketika bertemu rakyatnya sendiri.