PPM Wilayah Tiga Pengkalan Kubor Rampas 600 lLiter Petrol

Pasukan Polis Marin (PPM) wilayah Tiga menggagalkan cubaan menyeludup 600 liter minyak petrol ke Thailand di pangkalan haram Tualang, Tumpat malam tadi.

Aktiviti tersebut berjaya dipatahkan ketika anggota pasukan itu sedang melakukan rondaan rutin di kawasan berkenaan kira-kira pukul 10.30 malam sebelum ternampak kelibat seorang lelaki sedang memunggah bahan itu dari kereta ke tebing pangkalan haram.

Pegawai Pemerintah Asisten Supritenden Ahmad Amri Abd. Rahman berkata, sebaik sahaja menyedari kehadiran anggota PPM lelaki itu terus melarikan diri menggunakan kereta yang dinaikinya.

“Pemeriksaan lanjut membawa kepada penemuan 20 tong jerikin mengandungi 30 liter petrol setiap satu yang telah ditinggalkan di kawasan itu.

“Jumlah rampasan tersebut membabitkan nilai berjumlah RM1,260 dan kami akan terus mempertingkatkan rondaan untuk mengekang aktiviti berkenaan di kawasan sempadan Malaysia-Thailand di Pengkalan Kubor,” katanya. – 11 Januari 2017