Tajaan UniKL Telus Pada TRW – Annuar

Tajaan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) yang merupakan salah satu anak syarikat Majlis Amanah Rakyat (Mara) terhadap pasukan The Red Warriors (TRW) musim lalu dibuat secara telus dan tertib serta mengikut peraturan.

Pengerusi Mara, Tan Sri Annuar Musa berkata, beliau amat berbangga kerana tajaan dijalankan mengikut peraturan.

“Tajaan dilakukan dengan begitu teratur, ada surat tawaran, ada rundingan dan tawar menawar, ada kontrak, ada baucer, ada resit dan lain-lain lagi.

“Kini terbukti penyertaan UniKL dalam tajaan komersial TRW dibuat secara terbuka dan distihar serta diumumkan kepada orang ramai.

“Bukan itu sahaja, majlis menandatangani perjanjian di buat di depan khalayak dgn publisiti meluas. Tiada penajaan secara senyap,” katanya menerusi entri laman sosial facebook miliknya hari ini. – 13 Januari 2017.