Tidak Pernah Krisis Dengan KAFA – Vida

Pengasas produk kecantikan Vida Beauty Sdn. Bhd., Datuk Seri Dr. Hasmiza Othman memberitahu, tidak pernah berkrisis dengan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) menyebabkan beliau menangguhkan penajaan musim ini.

Beliau berkata, penangguhan tajaan itu hanyalah bersifat sementara selepas tidak berpuas hati dengan prestasi The Red Warriors (TRW) pada saingan Liga Malaysia (Liga M) musim lalu.

“Saya menafikan sekerasnya isu sering berbalah dengan pengurusan tertinggi KAFA yang membabitkan pelbagai isu sebelum ini.

“Malah hubungan saya dengan KAFA masih baik sehingga kini tanpa sebarang konflik yang menjejaskan usaha sebelum meneruskan kembali hasrat menjadi penaja utama selepas ini,” katanya yang lebih dikenali dengan Vida.

alam pada itu, beliau menyokong sepenuhnya tindakan Penasihat KAFA, Tan Sri Annuar Musa yang menubuhkan konsortium Al Hamra bagi membantu menyelesaikan kemelut kewangan demi masa depan pasukan Kelantan.

Akhbar sebelum ini melaporkan, Annuar mengesahkan penaja utama Kelantan, Vida Beauty Sdn. Bhd. menyuarakan hasrat untuk tidak menaja skuad itu musim ini. – 14 Januari 2017.