Pemuda Perlu Agresif – Alwi

Semua sayap parti UMNO terutamanya Pemuda diminta bertindak lebih agresif untuk persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti.

Ketua Penerangan UMNO Kelantan, Datuk Md. Alwi Che Ahmad berkata, semua pihak bermula dari peringkat akar umbi perlu bergerak bersama-sama dan lebih kehadapan dalam menangani isu-isu semasa.

“Kita lihat pemuda mempunyai pendekatan, kaedah dan cara tersendiri bagaimana untuk menarik sokongan golongan belia masa kini.

“Tidak seperti zaman saya dulu, ceramah sana, ceramah sini. Mereka ada cara mereka sendiri, cuma saya rasa ia perlu lebih agresif lagi selepas ini mengikut keperluan semasa,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Insentif Projek NKEA dan Zakat Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Sungai Ketereh 2016 hari ini. – 15 Januari 2017.