Mengajar Tanpa Tauliah, Khalid Samad Didenda RM2,900

Mahkamah Rendah Syariah Klang hari ini enjatuhkan hukuman denda RM2,900 terhadap Ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad atas kesalahan mengajar agama tanpa tauliah.

Beliau didakwa melakukan kesalahan tersebut di Surau Taman Seri Sementa, Klang, pada 16 Ogos 2011.

Dakwaan dibuat mengikut Seksyen 119 (1) Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam Selangor yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Sekiranya gagal membayar denda itu, beliau boleh dipenjarakan selama tiga bulan. – 19 Januari 2017.