PRK DUN Tanjong Datu 18 Februari Ini

Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Datu, Sarawak akan diadakan pada 18 Februari ini manakala penamaan calon pada 4 Februari ini.

PRK tersebut diadakan berikutan kematian wakil rakyatnya Tan Sri Adenan Satem yang juga Ketua Menteri Sarawak minggu lalu.

allahyarham meninggal dunia di Pusat Jantung Hospital Umum Sarawak di Kuching, akibat komplikasi jantung.

Adenan mengangkat sumpah sebagai ketua menteri Sarawak ke-5 pada 7 Mei lalu sejurus mengetuai Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-11 dengan kemenangan dua pertiga atau 72 daripada 82 kerusi yang dipertandingkan.

Adenan memenangi kerusi DUN Tanjung Datu dengan majoriti 5,892 undi menewaskan calon PKR, Jazolkipli Numan yang hanya meraih 648 undi. – 19 Januari 2017.