TRW Umum Senarai Penuh Esok

Kelantan akan mengumumkan senarai lengkap skuad The Red Warriors (TRW) esok.

Ia akan dibuat bersama majlis pelancaran jersi dan pengenalan barisan pemain di Dewan Konvensyen Trade Centre (KTC), Kota Bharu.

“KAFA (Persatuan Bola Sepak Kelantan) akan memperkenalkan jersi, pemain dan mengumumkan senarai penuh penaja rasmi yang menyertai konsortium Al Hamra,” kata Setiausaha KAFA Datuk Ismail Md. Noor.

Beliau turut mempelawa peminat bola sepak Kelantan hadir memeriahkan majlis tersebut yang bermula jam 9 pagi.

Pasukan yang bersaing dalam Liga Malaysia mempunyai tempoh empat hari sahaja lagi untuk mendaftarkan skuad lengkap sebelum ia ditutup, Ahad ini. – 19 Januari 2017.