Banjir: Liga Super Kelantan – Melaka United Malam Ini Dibatalkan

Perlawanan Liga Super antara Kelantan dengan Melaka United di Stadium Sultan Muhammad IV, yang sepatutnya berlangsung malam ini terpaksa di tunda berikutan banjir gelombang kedua sedang melanda Kelantan sekarang ini.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) Datuk Ismail Md. Nor berkata, keputusan itu dibuat pada mesyuarat koordinasi perlawanan pukul 11 pagi tadi.

“Hasil pemeriksaan yang dilakukan ke atas permukaan padang dan mengambil kira keadaan cuaca serta faktor lain termasuklah kecederaan pemain, keselesaan penonton serta fasiliti stadium.

“Berdasarkan situasi itu Komisioner perlawanan Mohd. Rashidi Hamat memutuskan perlawanan tersebut malam ini terpaksa di tunda ke satu tarikh yang akan ditetapkan nanti,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – 21 Januari 2017