Hujan Lebat Dijangka Berterusan

Hujan lebat dijangka berterusan di Gua Musang, Lojing, Jerantut, Pekan, Rompin, Segamat, Kluang, Mersing, Kota Tinggi, Sandakan, Beluran dan Kinabatangan sehingga esok.

Mengikut laman sesawang Jabatan Meteorologi, hujan sederhana kadang kala lebat berlaku di Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok, Pasir Puteh dan Machang hingga hari ini.

Hujan sederhana lebat pula diramalkan berlaku di Tanah Merah, Jeli, Kuala Krai, Kuantan, Kudat, Bintulu, Mukah dan Sibu sehingga hari ini.

Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 40 hingga 50 kilometer sejam (kmj) dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dijangka berlaku di kawasan perairan Samui, Condore, Layang-Layang, Reef North, Labuan, Palawan dan Sulu sehingga Isnin ini.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora itu berbahaya kepada bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.

Ribut petir pula dijangka berlaku di perairan Selat Melaka, Tioman, Condore, Reef South, Reef North dan Layang-Layang sehingga lewat pagi ini, menyebabkan angin kencang sehingga 50kmj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter yang berbahaya kepada bot kecil. – 21 Januari 2017.