Sistem Perparitan Antara Punca Banjir ‘Luar Biasa’ Di Kelantan

Masalah sistem perparitan antara punca utama banjir ‘luar biasa’ yang melanda Kelantan, kata Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), Datuk Ahmad Jazlan Yaakub.

Sambil menyifatkan banjir gelombang kedua yang berlaku kali ini sebagai ‘luar biasa’, beliau meminta Kerajaan Kelantan dan Persekutuan perlu bekerjasama bagi mengatasi masalah tersebut.

“Sistem saliran yang tidak seimbang dengan pembangunan dikesan sebagai punca utama berlakunya banjir,” katanya ketika ditemui di pusat pemindahan mangsa banjir Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pak Badol, hari ini.

Seramai 96 keluarga membabitkan 333 mangsa banjir ditempatkan di pusat pemindahan SMK Pak Badol.

Sementara itu, beliau memberitahu bermula tahun ini pihaknya memperkenalkan bantuan segera berbentuk makanan asas seperti beras, gula dan minyak diberi kepada mangsa selepas banjir pulih. – 21 Januari 2017.