Cerita Pasir

Semuanya boleh berubah ikut rasa dan hati. Hari ini lain, esok tiba-tiba boleh jadi lain pula. Itulah cerita kerajaan pasir berdengung di bawah pimpinan PAS Kelantan.

Mudah menjadi pemerintah di negeri itu. Pakai semutar besar atau sekurang-kurangnya ketayap, tahu sikit-sikit baca ayat al-Quran dan hadis maka, seolah-olah sempurnalah pemerintahan itu. Putar alam sesuka hati itu adalah lain kira.

Tetapi jika ada yang bangun melawan. Mereka akan terus jerit, nerakalah tempat kamu. Kalau lawan lagi, jerit lagi, tidak Islamlah kamu.

Taktik ini sudah 25 tahun diguna pakai. Kerajaan pasir berdengung masih lagi kuat kerana mahir menjual ayat al-Quran, hadis selain dengan penampilan warak.

Jika terdesak dan tiada peluang untuk melepaskan diri, akan disebarkan kepada seluruh rakyat bahawa mereka dizalimi. Mereka difitnah oleh puak-puak yang memakai tali leher dan bersongkok hitam. Mereka ini tidak lain adalah UMNO.

Kata mereka kepada rakyat, “pakaian puak itu tidak sama dengan kita, jangut mereka tidak panjang, tidak boleh percaya orang begini, mereka bukan ahli syurga.

“Wahai rakyat mari bersama kami, lihat kami berjubah putih, berjanggut panjang dan bersemutar besar, ini sunnah nabi, sudah tentu kita akan menjadi ahli syurga,” katanya.

Dilapik pula dengan dalil, ditambah dengan hujah ayat al-Quran dan hadis maka terbeliaklah seluruh rakyat di negeri pasir berdengung itu.

Tetapi akhir-akhir ini, rakyat sudah mula merungut. Semuanya kerana pasir. Rakyat sedar adalah tidak logik harga pasir dinaikkan melambung tinggi sedangkan mereka adalah pengeluar pasir.

Bisinglah rakyat. pemerintaah pasir berdengung panik. Susah untuk dikawal kali ini kerana rakyat sudah tahu taktik mereka. Walaupun cuba sembunyi namun helah mereka akhirnya terbongkar di hadapan mata rakyat.

Justeru, mahu atau tidak mereka terpaksa mengaku. Kebenaran tidak lagi tersembunyi. Maka tampillah wakil pemerintah namanya Hanifa Ahmad. Menariknya Hanifa ini dipilih oleh rakyat Pengkalan Pasir. Malah, ada yang mengatakan ia lebih menarik lagi kerana Hanifa ini memegang portfolio berkaitan dengan pasir.

Maka sudah pasti, pasir adalah kegemarannya, dan barangkali beliau memang mahir tentang pasir.

Bila rakyat bising, disebutnya Hanifa bahawa harga pasir tidak naik dan kerajaan tidak ada hak untuk kawal harga pasir. Lalu lagi kuat rakyat bising sehingga ada yang menggelarkan Hanifa sebagai ‘Mat Nifa Pasir’.

Mungkin kerana takut, atau terlalu gemuruh dengan kebisingan itu, keesokan hari juga diumumkan bahawa harga pasir diturunkan.

Persoalannya, boleh pula turun harga sedangkan tidak ada yang naik. Dan boleh pula kawal harga.

Selepas ini lagi parah, katanya 77 pengusaha pasir di Kelantan akan ditamatkan konsensi mereka. Kerajaan negeri akan mengecil jumlah pengusaha pasir.

Kalau ini berlaku, akan berlaku monopoli, harga lagi susah untuk dikawal.

Inilah cara kerja kerajaan pasir berdengung. Jadi, sampai bila mahu diberi kuasa kepada orang yang telah jelas berbelit-belit.

Canang Islam kepada rakyat bukan main. Ibarat ayam jantan berkukuk berdegar-degar tetapi ekornya berlumuran taik.

Oleh itu, tepuk dada tanya hati, sampai bila perlu bela ayam seperti itu yang hanya tahu perhabiskan padi tetapi untungnya tiada.

Sesungguhnya rakyat peneraju perubahan. Inilah masa paling sesuai untuk berubah demi agama, bangsa dan negara. Pilihannya di tangan kita semua. Syurga dan neraka hanya Allah yang menentu, bukan ahli politik dan bukan pemimpin atau kerajaan.