Tanah Kubur Rosak, Keranda Timbul Akibat Hakisan

Akibat arus deras berikutan banjir yang melanda negeri Kelantan sejak kelmarin menyebab kira-kira 100 kubur di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kubur Datuk, Tumpat rosak.

Ia turut menyebabkan berlakunya hakisan awal pagi semalam sehingga beberapa keranda di tanah perkuburan itu timbul.

Penghulu Kampung Kubur Datuk, Rosli Mohd. Nor memberitahu, menyedari kejadian tersebut selepas menunaikan solat Subuh.

“Rumah saya berdekatan dengan tanah perkuburan itu dan saya dapat melihat batu nisan serta belindan berubah kedudukannya.

“Saya bersama lebih 100 penduduk kampung mengambil keputusan membina laluan air bagi mengelak arus deras masuk dan menambahkan lagi kerosakan di kawasan tanah perkuburan itu,” katanya.

Beliau berkata, semua keranda yang timbul ditimbus balik manakala batu nesan yang tercabut pula diletakkan semula ke tempat asal. – 22 Januari 2017.