5,000 Ahli Permata Terima Sumbangan Pendidikan UMNO Tanah Merah

Seramai 5,000 ahli Persatuan Mahasiswa Tanah Merah (Permata) menerima sumbangan pendidikan daripada UMNO Bahagian Tanah Merah.

Sumbangan tersebut disempurnakan oleh Ahli Parlimennya, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz sempena karnival Permata 2017 di Tanah Merah hari ini.

Ikmal Hisham berkata, sumbangan berupa peralatan dan kelengkapan pengajian serta pakaian itu diagihkan pada awal tahun serta menjelang Hari Raya Aidilfitri.

“Lazimnya sumbangan diberi pada awal tahun dan menjelang Aidilfitri, dalam bentuk peralatan dan kelengkapan pengajian serta pakaian,” katanya pada majlis penyampaian sumbangan berkenaan di Sekolah Kebangsaan (SK) Batang Merbau.

Menurutnya, program tersebut telah menjadi acara tahunan sejak Permata ditubuhkan kira-kira lima tahun lalu. – 29 Januari 2017.