Malaysia Tingkat Hubungan Dengan ASEAN

Malaysia akan meningkatkan kerjasama dagangan dalam kalangan anggota ASEAN dan empat negara utama termasuk China.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, Malaysia akan menumpukan usaha ke arah mewujudkan kerjasama erat dengan mengutamakan negara ASEAN dalam memacu pertumbuhan ekonomi.

“Selain China, tiga negara utama menjadi fokus Malaysia ialah Jepun, Korea Selatan dan India yang berpotensi menjadi rakan dagang kukuh bagi Malaysia,” katanya.

Beliau ditemui selepas melawat keluarga Cina sempena sambutan Tahun Baharu Cina di Kota Bharu hari ini.

Mustapa berkata, walaupun Amerika Syarikat menarik diri daripada Rundingan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA), ia bukan bermakna kerjasama antara negara yang menandatangani perjanjian itu berakhir.

“Kita juga mempunyai rakan dagang terbesar iaitu China yang mana kuasa ekonominya semakin kukuh dan maju,” katanya. – 29 Januari 2017.