Agong Berkenan Kurnia Surat Pelantikan 12 Hakim

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V berkenan mengurniakan surat cara pelantikan Hakim Mahkamah Persekutuan kepada Datuk Dr. Prasad Sandosham Abraham.

Pada majlis itu, Sultan Muhammad V turut berkenan mengurniakan surat cara pelantikan kepada 11 Hakim Mahkamah Tinggi yang berlangsung di Istana Negara, hari ini.

Sebelas Hakim Mahkamah Tinggi itu ialah Datuk Azimah Omar, M Gunalan, Lim Chong Fong, Datuk Nordin Hassan dan Datuk Azmi Ariffin.

Turut dikurniakan surat cara pelantikan Hakim Mahkamah Tinggi adalah Noorin Badaruddin, Collin Lawrence Sequerah, Azizul Azmi Adnan, Mohamed Zaini Mazlan, Mohd. Nazlan Mohd. Ghazali dan Azhari Kamal Ramli.

hadir sama, Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Md. Raus Sharif dan Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin. – 30 Januari 2017.