Dua Remaja Ditemu Mati Dalam Kereta

Dua remaja berusia 18 tahun ditemui mati dalam sebuah kereta di Panchor, Pengkalan Chepa pagi tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Superintendan Setapa Yusoff berkata, kedua-dua mangsa ditemui orang ramai dalam keadaan tidak sedarkan diri kira-kira pukul 6 pagi.

“Kedua-dua mangsa dikenali sebagai Mohamad Sharul Nizam Hasbullah dari Kampung Gertak Sagu dan Nik Muhammad Hafiz Nik Zamzam dari Kampung Panchor, Kemumin,” katanya dihubungi hari ini.

Menurutnya, tiada sebarang kecederaan dikesan selepas pemeriksaan dilakukan terhadap mangsa.

Namun kata Setapa, pihaknya mendapati ada cecair yang keluar dari hidung kedua-dua mangsa dan mayat dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) untuk bedah siasat. – 30 Januari 2017.