Strok Haba Punca Dua Remaja Mati Dalam Kereta

Polis mengesahkan akibat kepanasan melampau dalam kenderaan, antara punca menyebabkan dua remaja maut awal pagi semalam.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Dr. Ab. Rahman Ismail berkata, hasil bedah siasat menunjukkan kedua-dua mangsa iaitu Mohamad Sharul Nizam Hasbullah dan Nik Muhammad Hafiz Nik Zamzam yang berusia 18 tahun mengalami strok haba.

“Jabatan Kimia akan membuat siasatan lanjut punca yang menyebabkan kedua-dua mangsa terkena strok haba” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Semalam, dua remaja tersebut dilaporkan ditemui mati dalam kereta Perodua Kelisa di Panchor awal pagi semalam.

Ab. Rahman berkata, sehingga kini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan siasatan lanjut akan dijalankan jika ada unsur jenayah. – 31 Januari 2017.