Pertemuan Kelantan – JDT Sabtu Ini Ditunda

Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) memberitahu, Pertemuan Kelantan dan Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam aksi liga Super yang dijadual berlangsung Sabtu ini ditunda.

Ia bagi memberi laluan kepada JDT memberi tumpuan kepada kempen pusingan ketiga Kelayakan Liga Juara-Juara Asia (ACL).

Setiausaha Agung KAFA, Datuk Ismail Md. Noor berkata, JDT akan berdepan pasukan Gamba United di Stadium Suita City Football, Osaka, Jepun, pada Selasa depan bagi kempen ACL.

“KAFA akur dengan keputusan yang dimaklumkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) itu berikutan tempoh agak singkat bagi JDT mempersiapkan pasukan selepas pertemuan dengan TRW.

“Kita harap dengan pengumuman ini, peminat tetap memberi sokongan kepada The Red Warriors (TRW) walaupun sedikit kecewa,” katanya. – 1 Februari 2017.