Bayi Dua Bulan Maut Dikelar Ibu Sendiri

Seorang bayi berusia dua bulan ditemui mati dikelar oleh ibu kandungnya sendiri dalam kejadian di sebuah kuaters perumahan Kem Desa Pahlawan, Kok Lanas hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.45 petang itu, bayi perempuan itu disahkan meninggal dunia ditempat kejadian akibat kecederaan parah di leher sebelah kiri.

Menurut Ketua Polis Kelantan, Datuk Dr. Ab Rahman Ismail, ketika tiba di tempat kejadian, bayi perempuan terbabit ditemui terbaring di atas tilam di ruang ramu rumah berkenaan.

“Siasatan awal mendapati mangsa dikelar dengan menggunakan pisau pemotong sayur di bahagian leher.

“Susulan itu, kita telah menahan ibu mangsa yang berusia 32 tahun untuk membantu siasatan,” katanya. – 4 Februari 2017.