Tiga Penjuru Di Tanjong Datu

Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Datu menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN), Parti Reformasi Negeri (STAR) dan Parti Bansa Dayak Sarawak Baru (PBDSB).

Calon BN, Puan Sri Jamilah Anu akan ditentang calon PBDSB, Rapelson Richard Hamit dan calon STAR, Johnny Bob Aput.

Calon Bebas Asbor Abdullah yang turut mengemukakan borang pencalonan bagaimanapun ditolak.

Sementara itu, Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Hamsien Atar mengumumkan calon bertanding pada kira-kira jam 10.15 pagi.

PRK DUN Tanjong Datu diadakan berikutan kematian penyandangnya, yang juga ketua menteri kelima Sarawak Tan Sri Adenan Satem akibat komplikasi jantung pada 11 Januari lepas.

Pada pilihan raya negeri Sarawak ke-11 Mei tahun lepas, Adenan, 72, mendapat 6,360 undi mengalahkan calon PKR, Jazolkipli Numan dengan majoriti 5,892 undi.

SPR menetapkan 12 Februari ini bagi pengundian awal dan 18 Februari bagi pengundian sekiranya ada pertandingan. – 4 Januari 2017.