Jenazah Bayi Mati Dikelar Ibunya Selamat Dikebumi

Jenazah bayi yang maut akibat dipercayai dikelar ibu kandungnya selamat dikebumikan awal pagi tadi.

Nur Areesa Sofea Jiry, 2 bulan, disemadikan di Tanah Perbukuran Islam Kampung Jal Kechik, Tumpat kira-kira pukul 3.20 pagi.maut

Terdahulu, jenazah Nur Areesa disembahyangkan di rumah datuk dan neneknya yang diimamkan Staff Sarjan Mohd. Ariff Abdullah.

Turut sama menunaikan solat anggota dari Tujuh Skuadron Jurutera Rajimen Askar Jurutera Diraja (RAJD).

Dalam kejadian jam 2.45 petang semalam, seorang bayi perempuan berusia dua bulan mati dikelar dipercayai dilakukan ibunya yang berusia 32 tahun di kuarters tentera Kem Desa Pahlawan Kok Lanas. – 5 Februari 2017.