IKBN Tanah Merah Beroperasi April Depan

Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Tanah Merah, Kelantan
yang siap dibina awal Januari lalu dijangka beroperasi
selewat-selewatnya April depan.

Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Belia dan
Sukan, Nik Abd. Kadir Nik Mohamad berkata, pada peringkat
permulaan seramai 200 pelajar akan diambil bagi mengikuti
tiga kursus yang ditawarkan seperti pendawaian elektrik,
jahitan dan reka bentuk produk.

Katanya, IKBN Tanah Merah yang menelan kos lebih RM52 juta
itu merupakan yang kedua di negeri it selepas Bachok.

“Kita harap dengan siapnya IKBN Tanah Merah ini akan dapat
memudahkan para belia terutama di kawasan luar bandar untuk
mengikuti kursus secara sepenuh masa atau sambilan,” katanya
selepas Majlis Penyerahan Projek Pembinaan IKBN Tanah Merah.

Sementara itu beliau berkata, pihaknya mensasarkan untuk
melihat 95 peratus lepasan IKBN memperolehi pekerjaaan.

Katanya, sasaran tersebut diyakini dapat dicapai berdasarkan
kepada perkembangan di mana lebih 92 peratus lepasan pelajar
institut tersebut diterima dalam pasaran kerja setiap tahun.
– 7 Februari 2017.