1,000 Penyokong Sambut Annuar

Lebih 1,000 penyokong menyambut Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa yang tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa malam tadi.

Mereka yang berkumpul sejak pukul 7 petang itu adalah bagi menyatakan sokongan penuh kepada Annuar yang dikaitkan dengan dakwaan penyelewengan dan salah guna kuasa sebagai Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA).

Annuar dalam ucapannya berkata, beliau telah memberikan kerjasama penuh kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menjalankan siasatan berhubung isu tajaan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dan Pelaburan MARA Berhad (PMB) terhadap pasukan The Red Warriors (TRW) bagi musim 2016.

Dalam masa sama, beliau juga meminta seluruh penyokongnya agar bertenang dan memberi masa kepada pihak berkuasa menjalankan siasatan.

“Insya-Allah kebenaran akhirnya akan muncul nanti. Saya yakin perancangan Allah itu akan sentiasa baik. Terima kasih kepada semua yang memberikan sokongan, ” katanya. – 10 Februari 2017.