Dewan Pemuda PAS Kelantan Tempelak Guan Eng

Dewan Pemuda PAS Kelantan menempelak Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang disifatkan semakin terdesak apabila berterusan menyerang Kerajaan PAS Kelantan.

Ketua Penerangannya, Nazman Che Iberahim berkata, tindakan Guan Eng itu disifatkan sebagai cubaan untuk mengalih isu dan pandangan rakyar mengenai pentadbiran caunvinisnya yang secara jelas mencampuri urusan umat Islam di Pulau Pinang.

“Justeru bagi menutup kebiadaban dan kejahatan yang terbongkar itu, maka Guan Eng terpaksa mengalihkan isu dengan menjadikan Kelantan di bawah pentadbiran PAS sebagai sasarannya.

“Sebelum ini, orang Melayu, Islam cukup terkejut dengan pendedahan yang dibuat oleh Pemuda PAS Pulau Pinang mengenai campur tangan Guan Eng dan kabinetnya dalam soal urusan fatwa di negeri berkenaan,” katanya.

Sebelum ini Guan Eng mendakwa, banjir yang berlaku di Kelantan adalah disebabkan ribuan hektar hutan simpan diratah dan ditebang sehingga menyebabkan bencana tersebut menjadi serius.

Dalam masa sama, Guan Eng juga cuba membandingkan pentadbirannya daripada isu banjir di Pulau Pinang yang dibangkitkan Kerajaan PAS Kelantan dengan mendakwa bencana itu hanya dalam tempoh dua tiga jam berbeza dengan Kelantan yang berlarutan sehingga berhari-hari.

Malah, Setiausaha Agung DAP yang belum disahkan itu pernahdilaporkan mendakwa Kelantan adalah sebuah negeri gagal dan muflis kerana ditadbir oleh sebuah parti yang gagal iaitu PAS, sekali gus menyebabkan rakyat hidup dalam kemiskinan. – 11 Februari 2017.