Jangan Buat PAS Seperti Budah-Budak Kata Idris Kepada Dr. Mahathir

PAS mengingatkan Tun Dr. Mahathir Mohamad supaya tidak mendesak parti itu dalam isu penyertaan dalam Pakatan Harapan.

Naib Presiden PAS, Idris Ahmad berkata, adalah tidak wajar Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu memberi kata dua kepada PAS untuk menyatakan keputusan dalam tempoh sebulan.

Katanya, proses membuat keputusan berhubung perkara tersebut merupakan sesuatu yang besar dan memerlukan tempoh yang panjang untuk dibincangkan.

“Dr. Mahathir hendaklah hormat dengan PAS dan jangan buat PAS seperti budak-budak, tindakannya memberi amaran merupakan sikap tidak baik.

“Kami dah lama jadi pembangkang 22 tahun (dari) zaman beliau (Dr. Mahathir) menjadi perdana menteri,” katanya dalam sidang media selepas Ceramah Mega RoadShow 355 peringkat negeri di Markas PAS Bukit Chempedak, malam tadi.

Semalam, Dr. Mahathir memberi tempoh sebulan kepada pemimpin PAS untuk memutuskan sama ada mahu menyertai pakatan harapan atau tidak. – 12 Februari 2017.