Tiga Maut Kemalangan Di Jeli

Tiga maut dalam kemalangan jalan raya membabitkan sebuah lori muatan motosikal dan kereta Perodua MyVi di Batu 8, Lebuhraya Timur-Barat, Jeli pagi tadi.

Dalam kejadian jam 6.30 pagi itu, ketiga-tiga mangsa yang menaiki kereta Perodua MyVi maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

Mangsa yang maut adalah Mohamad Alif Nadehar Bin Abdul Karim, 26, manakala dua lagi identiti mangsa belum dikenal pasti.

Sementara itu pemandu lori berusia 37 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Penolong Penguasa Bomba Jeli, Mohamad Shahril Mohamad Sa’aid berkata, pihak bomba mengambil masa kira-kira 20 minit untuk mengeluarkan ketiga-tiga mangsa dalam kereta Perodua MyVi yang tersepit.

“Kesemua mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan mangsa di hantar ke Hospital Jeli,” katanya. – 14 Februari 2017.