Hadir Himpunan RUU 355 Syarat PAS Bekerjasama Dengan PPBM?

Himpunan menyokong RUU 355 dikatakan menjadi antara syarat yang akan menentukan kerjasama antara PAS dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Mengikut laporan sebuah portal berita online yang memetik sumbernya berkata, jika PPBM serius mahu bekerjasama dengan PAS, mereka akan menghantar wakil ke perhimpunan tersebut.

“Itu antara syarat yang telah disyaratkan oleh PAS kepada PPBM,” katanya.

Himpunan tersebut akan diadakan di Padang Merbok 18 Februari ini.

Pengerusi PPBM, Tun Dr. Mahathir Mohamad sebelum ini memberikan tempoh sebulan untuk PAS membuat keputusan sama ada akan bekerjasama dengan PPBM.

Bagaimanapun Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, menegaskan parti serpihan UMNO itu tidak perlu memberi tempoh sebulan kerana PPBM telah bekerjasama dengan DAP dan PAN.

Malah PAS terus bertegas, partinya tidak akan berkerjasama dengan mana-mana parti yang mempunyai hubungan dengan DAP dan PAN. – 15 Februari 2017.