Himpunan RUU 355, Kerajaan PAS Kelantan Isytihar Cuti Peristiwa

Kerajaan PAS Kelantan mengisytiharkan 19 Februari (Ahad) ini sebagai cuti peristiwa sempena Himpunan Rang Undang-Undang (RUU) Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (RUU 355) di Padang Merbok, Kuala Lumpur.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, keputusan itu dibuat bagi membolehkan rakyat Kelantan hadir beramai-ramai ke perhimpunan yang dijadual berlangsung pada 18 Februari.

“Pada 19 Februari iaitu Ahad, rakyat Kelantan perlu bekerja jadi perkara ini sedikit sebanyak menyukarkan mereka untuk ke Kuala Lumpur.

“Sehubungan itu kita memutuskan mengisytiharkan cuti peristiwa pada hari tersebut,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di Kompleks Kota Darulnaim hari ini. – 15 Februari 2017.