Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Hadiah Kereta Audi Q7 Kepada Isteri?

Isteri kepada Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Dr. Khairuddin Aman Razali at-Takiri dilapor mendedahkan menerima hadiah sebuah kereta mewah Audi Q7 bernilai kira-kira RM600,000 dari suaminya itu menjadi tular di laman sosial sejak malam tadi.

Memetik laporan sebuah portal berita online hari ini, isteri pemimpin PAS itu menggunakan nama Datin Norhayati Abd. Malek pada akaun Facebook memberitahu, hadiah itu membolehkan dia melawat rakannya di sekitar Kuala Lumpur.audijpg

“Kti (Kak Norhayati) dapat hadiah kereta dari En Somi (suami)” diikuti simbol wajah dengan mata lambang hati sebelum menyambung, “Audi Q7… bolehlah merayap rumah Zuraidah Yusof, Asikin Tajul, Saemah Mamat yang duduk area KL,” kata Norhayati yang juga usahawan barangan kosmetik seperti dilaporkan portal tersebut.

Bagaimanapun, semakan terhadap status tersebut yang turut melampirkan foto kereta berkenaan pada pagi ini telah dipadamkan.

Lapor portal itu lagi, bukti Norhayati adalah isteri kepada Khairuddin dapat dikenalpasti apabila wanita berkenaan memuat naik gambar pemimpin PAS itu sedang bersiar-siar di kawasan berpasir bersama kanak-kanak dipercayai anaknya dengan memakai baju kemeja-T berjalur merah jambu dan berkaca mata  pada 15 Februari lalu.audijpg

“Balik ganu (Terengganu) bila kita panggil depa (mereka) ‘dik bagi akk (akak) air kelapa, depa tengok je muka kti lama-lama…

“Tak, saya memang kakak dari adik, saya isteri YB Kuala Nerus.. Terpaksalah berjela-jela dok terang kat depa bila depa beliakkan mata tengok kti,” tulisnya. – 20 Februari 2017.