PM Pengerusikan Mesyuarat Menteri Besar, Ketua Menteri Ke-128

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mempengerusikan mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri yang ke-128 di bangunan Perdana Putra.

Hadir sama pada mesyuarat itu ialah menteri-menteri Kabinet dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa.

Mesyuarat bermula jam 10 pagi bertujuan menyelaras semua perkara di bawah bidang kuasa negeri dan persekutuan bagi memastikan rakyat sentiasa diberi keutamaan serta isu-isu berbangkit.

Mesyuarat kali ini menyaksikan kehadiran muka baharu Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg yang dilantik pada 13 Januari lalu menggantikan Tan Sri Adenan Satem yang meninggal dunia pada 11 Januari. – 21 Februari 2017.