Bukan Matlamat Utama PAS Jatuhkan UMNO

Pendekatan Budaya Politik Matang kini meletakkan matlamat utama perjuangan PAS bukan untuk menjatuhkan UMNO sebaliknya lebih kepada memperkukuhkan ummah.

Ketua Dewan Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, parti itu kini lebih mementingkan konsep pengukuhan ummah dari segi perpaduan di kalangan umat Islam yang semakin lemah.

“Kita bukan bermatlamat utamanya bukan meruntuhkan UMNO tapi matlamat utama kukuhkan ummah dan mereka tahu sendiri pemimpin mana yang nak pilih.

“Zaman sekarang orang sudah tidak bergantung kepada suara kerajaan. Mereka fikir sendiri untuk dapat maklumat daripada mana,” katanya ketika berucap dalam Seminar Pemikiran Tokoh Haron Din di ibu negara semalam.

Nik Mohamad Abduh yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas berkata, PAS mengamalkan politik matang berdasarkan fakta, bukan berasaskan emosi. – 26 Februari 2017.