Heroin, Pil Kuda Bernilai RM4,000 Dirampas

Dadah jenis heroin dan pil kuda bernilai RM4,000 dirampas selepas pihak polis berjaya menahan seorang lelaki di Kampung Dalam Tumpat, semalam.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Supritanden Zaharudin Rasip berkata, lelaki berusia 35 tahun itu dipercayai pengedar bahan terlarang tersebut ditahan selepas terjatuh dari motosikal ketika cuba melarikan diri.

“Hasil pemeriksaan telah membawa kepada penemuan satu uncang hitam mengandungi serbuk putih disyaki dadah jenis heroin,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Tambahnya, turut ditemui adalah satu paket plastik cerah mengandungi 10 biji pil dipercayai pil kuda.

Menurut Zaharudin, suspek yang merupakan seorang penganggur didapati positif opiat hasil ujian air kencing yang dilakukan. – 2 Mac 2017.