Kunjungan Raja Salman Bukti Pengaruh Najib

Kunjungan rasmi Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud ke negara ini membuktikan Penjaga Dua Masjid Suci itu menghormati serta memberi sokongan kepada pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ketua Perhubungan dan Komunikasi Strategik Biro Ekonomi dan Usahawan Pemuda UMNO, Datuk Seri Dr. Mohd. Fared Abdul Ghani berkata, kunjungan tersebut juga membuktikan pengaruh Najib di negara Arab.

“Malaysia merupakan negara pertama dari Asia Tenggara yang menerima kunjungan Raja Salman sejak pertabalannya pada tahun 2015.

“Ini bermadsud Arab Saudi memberi banyak peluang kepada Malaysia walaupun sejak kebelangkangan ini Najih telah diserang dengan pelbagai isu seperti 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan sumbangan RM2.6 bilion oleh seorang putera Arab,” katanya.

Mengulas lanjut, Mohd. Fared berkata, parti-parti pembangkang yang sebelum ini menyerang Najib sepatutnya malu selepas melihat kunjungan bersejarah itu.

“Sekarang hakikatnya jelas bahawa Arab Saudi yang turut dikaitkan dengan dua isu ini (IMDB, dana RM2.6 bilion) tidak mengelak untuk bertemu Najib.

“Malah Raja Saudi sendiri mengetuai delegasi besar melakukan lawatan rasmi ke Malaysia ketika isu sensitif itu masih panas,” katanya.

Sementara itu, katanya, kunjungan Raja Salman yang turut membawa pelaburan besar bernilai RM31 bilion selepas memeterai perjanjian pembelian saham (SPA) antara Saudi Aramco dan Petroliam Nasional Berhad (Petronas).

“Ini merupakan satu lagi pencapaian ekonomi yang besar oleh Najib setelah berjaya membawa masuk pelaburan bernilai RM140 bilion dalam lawatan ke China baru-baru ini,” katanya. – 3 Mac 2017.