‘Sekejap…Minum Air Kejap’

Aksi spontan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V yang secara bersahaja membuka penutup botol air minuman semasa sedang bertitah merasmikan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-13 di Dewan Rakyat tular di media sosial.

Ketika bertitah, Seri Paduka yang terkenal dengan imej sederhana dan tidak terlalu berprotokol itu berhenti seketika sambil mencapai botol air minuman dan memaklumkan kepada Dewan Rakyat hasratnya mahu minum.

“Sekejap… minum air kejap,” titah baginda sambil mencapai air botol mineral dan membuka penutupnya sendiri sebelum meminumnya dari botol itu. – 7 Mac 2017.