MB Ucap Terima Kasih, Najib Bawa Banyak Pembangunan Di Kelantan

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob mewakili seluruh rakyat mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang banyak membantu membawa pembangunan di negeri itu.

Ahmad berkata, kerajaan di bawah Najib telah banyak membantu termasuk dengan usahanya mewujudkan UTC di Kelantan.

Sehubungan itu, beliau berharap kerjasama erat antara kerajaan PAS Kelantan dan Pusat ini akan dapat diteruskan demi kesejahteraan rakyat.

“Keprihatinan Perdana Menteri kepada rakyat Kelantan dengan adanya UTC ini akan dapat memudahkan urusan mereka berurusan dengan pelbagai agensi di bawah satu bumbung,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian UTC Kelantan hari ini.

Majlis tersebut disempurnakan oleh Najib yang turut meluangkan masa melawat agensi-agensi di dalam pusat berkenaan. – 12 Mac 2017.