PM Ziarah Tiga Warga Emas Di Bachok

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini meluangkan masa bagi menziarah tiga warga emas di Kampung Melawi dan Kampung Bator, Jelawat Bachok sempena lawatannya ke Kelantan.

Perdana Menteri tiba di rumah Mek Nab Awang, 72, pada jam 9.35 pagi dan meluangkan masa selama 10 minit untuk bertanya khabar warga emas terbabit.

Beliau kemudian menziarah Rohana Che Ali, 52, dan Hassan Kassim, 67.

Perdana Menteri tiba di Kelantan sejak semalam sempena lawatan kerja selama dua hari ke negeri itu.

Hadir sama, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan, Datuk Makhtar Mustapa. – 12 Mac 2017.