Rasuah, Elak Cukai – Dua ‘Tan Sri’ Ditahan

Dua ahli perniagaan bergelar Tan Sri disiasat atas dakwaan rasuah dan cuba mengelak cukai.

Memetik laporan akhbar Mingguan Malaysia, pihak berkuasa membekukan akaun dan aset bernilai ratusan juta ringgit daripada kedua-dua ahli perniagaan tersebut.

Menurut laporan itu, suspek ditahan dalam serbuan bersama yang dijalankan di dua negeri oleh Pasukan Penguatkuasa Pemulihan Hasil Negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), polis dan Jabatan Kastam.

Kata laporan tersebut, seorang ahli perniagaan didakwa menjalankan sindiket perjudian haram di negara ini selain memiliki kelab malam yang beroperasi melebihi waktu ditetapkan.

Ahli perniagaan itu didakwa memberi rasuah melebih RM1 juta setiap bulan kepada pegawai dari pelbagai agensi penguatkuasaan.

Seorang lagi ahli perniagaan itu didakwa menipu kerajaan dengan menggunakan proksi untuk membeli tanah rizab Melayu pada harga yang murah kemudian menjualnya kepada kerajaan dengan harga lebih tinggi. – 12 Mac 2017.