‘Raja Bomoh’ Akan Disiasat

‘Raja Bomoh Malaysia’ akan dipanggil untuk siasatan berhubung ritual perbomohannya baru-baru ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, bomoh tersebut akan diminta memberi keterangan mengenai ritual yang tular di laman sosial.

“Kita akan panggil untuk tanya kenapa dia (Raja Bomoh) itu mengambil tindakan demikian,” katanya.

Rakaman video yang tular menunjukkan Raja Bomoh atau nama sebenarnya Ibrahim Mat Zin bersama pengikutnya membawa buluh kecil sebagai teropong, dua biji kelapa dan lima meriam buluh di tepi pantai.

Menurut bomoh itu, ritual itu bertujuan memohon keselamatan rakyat Malaysia yang berada di Korea Utara, selain bertujuan melindungi negara ini. – 22 Mac 2017.