PM Ucap Tahniah Kepada TMJ

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merakamkan ucapan tahniah kepada Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang disahkan sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang baharu semalam.

Dalam catatan di laman Twitternya Najib menulis “Merafak sembah setinggi-tinggi tahniah kepada Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor atas kemenangan jawatan Presiden FAM”.

TMJ memenangi jawatan Presiden FAM tanpa bertanding bagi penggal 2017-2021 sempena Kongres FAM ke-53, semalam.

Sebelum ini pencabar jawatan itu, Tan Sri Annuar Musa yang juga Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), menarik diri daripada bertanding bagi memberi penghormatan dan laluan kepada Tunku Ismail serta demi kebaikan bola sepak negara. – 26 Mac 2017.