Rasuah Gelaran ‘Tan Sri’, SPRM Menghadap Saya Segera – Sultan Johor

Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar mahu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat mereka yang cuba untuk merasuah baginda bagi mendapatkan anugerah pingat daripada Yang di-Pertuan Agong.

Sultan Ibrahim memberitahu, baginda ditawarkan RM2 juta untuk mencadangkan nama individu berkenaan kepada Ketua Setiausaha Negara bertujuan memperoleh gelaran ‘Tan Sri’.

“Saya mahu SPRM datang menghadap saya segera supaya perkara ini dapat disiasat.

“Ini Johor… kami ada harga diri. Anda tidak boleh beli anugerah dan gelaran dengan wang ringgit,” titah baginda menerusi laman Faceboo.

Baginda berkata, sedia mendedahkan maklumat kepada SPRM mengenai maklumat orang tengah berkenaan. – 26 Mac 2017.